Pages



Saturday, September 29, 2012

Penyejuk hati ana :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin Allah SWT dapat kita masuk ke syurga bersama dengan kekasih yang kita cintai ini.

Sahabat yang dicintai kerana Allah,
apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah bagaimana untuk kita mengawal kemarahan kita. Hafizati mengaku Hafizati adalah orang yang cepat marah. Hafizati boleh cepat melenting tapi Alhamdulillah, semenjak Hafizati ditegur oleh kembar Hafizati, mak Hafizati, Hafizati cuba untuk mengawal kemarahan Hafizati. Walaupun sebenarnya Hafizati tak salah dalam sesuatu perkara itu.

Beberapa hari yang lepas, Hafizati tidak tahu kenapa tetapi Hafizati merasa sangat marah. Hafizati pun tak tahu lah kenapa Hafizati tempered sangat malam tu. Ditambah dengan kawan Hafizati yang volume suaranya sama seperti Hafizati yang sukar untuk divolume downkan. Hafizati jeling je semua orang. Waktu tu, Hafizati teringat nasihat kembar Hafizati, "Kalau kita rasa nak marah sangat, ambil wuduk." Ramai dah yang pesan sebenarnya kalau Hafizati imbas balik.

Hafizati pun ambil wuduk. Dua tiga kali, Hafizati ambik tapi macam tak ada kesan langsung. "Salah cara ke masa ambil wuduk tadi?", Terfikir dalam hati.

Tiba-tiba, tergerak dalam hati, rasa nak solat. Rasa nak mengadu dekat Allah. Rasa tu kuat sangat. Lepas tu, Hafizati ambil wuduk lagi. Tetapi kali ini Hafizati solat. Solat sunat taubat dan hajat. Lepas Hafizati solat tu, Hafizati senyum lebar. Memang penyejuk hati ana. Allah itu Maha Mendengar. Alhamdulillah.

Tapi, sahabat yang dicintai kerana Allah,
solat lah ketika anda gembira dan ketika anda sedih. Jangan solat masa anda sedih sahaja.

Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

#IstiqamahDalamBeribadah
#UiTMKedah
#2012
#Ana:)
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

No comments:

Post a Comment