Pages



Friday, September 28, 2012

Sahabat yang dicintai kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan keizinan Allah Tuhan pencipta alam dapat kita masuk syurga yang sama dengan Baginda.

                    Apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah mengenai cerita yang berlaku di keliling Hafizati. Hafizati bukan ingin membuka aib sesiapa, tiada niat langsung, tetapi sekadar mahu dijadikan sebagai pengajaran. Hafizati ada je kawan yang freehair, dan secara betulnya Hafizati tak tahu macam mana nak tegur diorang. Mungkin Hafizati patut lebih dekati diorang. Ye, ye, Hafizati tak boleh terburu-buru, tapi sayang, kita tak tahu tarikh kematian kita bila, kita tak tahu bila sakaratulmaut akan menjemput kita. Tolong bagi tahu Hafizati satu alasan yang paling munasabah kenapa kita tangguh daripada menutup aurat ni atau yang lebih tepat bertaubat kepadaNya. Please. Sebab Hafizati tak nampak sebab kenapa kita tak perlu menutup aurat atau perlunya kita menangguh daripada bertaubat.

                   Ye, ye, Hafizati tahu Hafizati kena tegur dengan cara yang betul. Tapi sayang, kan dah ada banyak contoh dekat FB. Ohh, awak tak buka FB ye. Okay. Alasan diterima.

                   Ye sayang, Allah itu Maha Pengampun. Tapi adakah itu tiket kita untuk melewatkan taubat kita. 
"Alah rileks lah. Allah itu kan Maha Pengampun."

Jangan khianati kasih sayang yang Allah berikan kepada kita. #BatuBataKehidupan

                 Hafizati tahu Hafizati bukanlah manusia yang sempurna, masih ada cacat cela, tapi, Hafizati berusaha untuk menjadi yang terbaik. 

                  Hafizati sayang kawan Hafizati kerana Allah. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkan lah Hafizati nak ajak kawan Hafizati masuk api neraka. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkanlah Hafizati nak tengok kawan Hafizati masuk ke dalam api neraka. Mestilah Hafizati nak kawan Hafizati masuk syurga. Ye, Hafizati pun tak terjamin masuk syurga atau tak, tapi Hafizati berusaha kan. Sebab tu dengan awak kawan-kawan yang dicintai kerana Allah, Hafizati nak kita berubah menjadi Hamba yang inginkan keredhaanNya dan sentiasa inginkan keampunanNya. 

                Hafizati sayang kamu semua. Jadi sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, maafkan Hafizati kerana tidak pernah menegur kamu apabila kamu dalam kesusahan. Maafkan Hafizati kerana tidak pernah menolong kamu di saat kamu diuji Allah. Maafkan Hafizati.

#Sinergi
#BatuBataKehidupan
#HilalAsryaf
#MariMenjadiHamba
#LangitIlahi.com
#IstiqamahDalamBeribadah
#Hafizati
#UiTMKedah
#2012
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

No comments:

Post a Comment