Pages



Tuesday, July 9, 2013

Selamat Kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog yang sungguh usang kerana sudah lama tidak dihupdate. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menghupdate kerana kesuntukan masa dan kekeringan idea.


Selama sebulan saya dapat peluang untuk mengajar di sebuah sekolah rendah, mengajar Bahasa Malaysia, tahun 2 dan 3.

Perhimpunan Isnin terakhir di SK Simpang Pulai

Murid yang akan mengambil UPSR :)

Murid kelas tahun 3

Murid kelas tahun 2

Tengah belajar sambil main


Lepas tu berpeluang pula mengajar di sekolah menengah.

Berpeluang Ber hari sukan di SMK Pinji

Raptai Hari Sukan

Hari sukan untuk sekolah menengah, merasa lah.
Alhamdulillah, pengalaman yang ada memang mengajar saya. Sekarang ni baru lah tahu, macam mana perasaan cikgu-cikgu mengajar dulu, kenapa dia orang marah bila kita orang tahu main je, belajar tak nak. Apa yang cikgu saya pernah cakap dekat saya dulu, benda tu juga yang saya cakap dekat diorang. Kelakar pun ada.

Pada 27 hb, saya dapat berita bahawa saya telah gagal dalam satu subjek, iaitu Introduction to Law 3. Nampaknya terpaksa lah saya extend satu sem dekat Merbok. Mungkin ada sebab kenapa Allah tangguhkan kejayaan saya, mungkin ada sebab kenapa saya masih lagi di sini, mungkin ada benda yang belum saya selesaikan dekat sini. Dan saya harus selesaikannya segera


Dan blog ni masih lagi tiada aim yang betul. Doakan saya :')

Semoga dipermudahkan perjalanan olehNya 


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, March 28, 2013

Aim Blog Saya


Di saat umat manusia sibuk dengan nota di tangan, buku di kaki, eh, yelah tengah final exam lah katakan, saya masih boleh meletakkan jari yang kiut miut di papan kekunci hanya kerana idea yang mencurah ke ladang gandum.

#MuncungMulut

Saya kalau boleh tak nak peristiwa cilok mencilok terjadi, jadi saya cuba untuk sedaya upaya, lari dengan laju macam Flash atau macam.. macam.. macam.. Bolt, pelari terpantas di dunia, untuk tidak menjadikan idea orang sebagai idea saya, lalu menyebabkan cilok mencilok terjadi.
Lalu apakah idea yang mencurah ke ladang gandum yang dihebohkan sebentar tadi?

#BunyiAmbulans
#CuciCuciBlog
#Batuk

Lama sungguh ditinggalkan blog yang usang lagi bersarang #Menjerit “Kenapa?” “Labah-labah.”

#EHSiapaYangTanyaTu #OhOh

Dulu, sewaktu mula-mula menulis, tidak pernah bertanya pada diri sendiri, kenapa saya nak menulis, lalu pada kali ini, di saat blog ditinggalkan sendiri berbulan-bulan, saya tertanya pada diri sendiri, kenapa aku mula menulis dulu?

#MuncungMulut

Oleh kerana inginkan idea yang mencurah-curah, saya buka blog Inceh Gabbana lalu menye-skan permukaan blog tersebut daripada entry pertama sehingga.. sehingga.. ke entry yang ke.. ke.. tak ada masa pula saya nak kira, enihaw, saya skan blog tersebut. Ada ketika saya menangis, ada ketika saya ketawa, ada ketika saya terbatuk-batuk. #UhukUhukUhuk. Lalu persoalan tadi masih lagi menguasai, kenapa saya menulis dulu?

-_-

Okay, need to think a new aim for my blog then. ZzZzZzZ

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always