Pages



Wednesday, July 25, 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum . Hello . >_< Kali kedua Hafizati update untuk hari ni . >_<

Nak cakap pasal kita manusia . Sebab tadi kawan Hafizati cakap pasal kesalahan yang kita letakkan dekat seseorang ni . Dia cakap lebih kurang macam ni .

"Kita ni manusia . Kita tak layak nak meletakkan kesalahan seseorang itu . Allah yang lebih layak . Kita tak boleh nak letakkan kesalahan seseorang itu secara total kepada dia . " Waktu ni Hafizati teringat sebuah novel , Terasing . Kita tak sepatutnya membeci orang yang membuat dosa tetapi dosa yang dia buat .

Dan kawan Hafizati ni bagi contoh, "Contohnya , orang yang tidak memakai tudung, bukan ditujukan kepada sesiapa, kita tak boleh nak cakap dekat dia . 'Kau ni buat dosa lah . Masuk neraka tau tak . ' 'Kenapa ?' 'Ni, kau tak pakai tudung . Tak nak lah kawan dengan kau.'

What ?? Jangan lah macam tu kak . Patutnya awak ajak lah dia pakai tudung sama . Bagi tahu dia perlahan-lahan . Benci dosa dia bukan orang nya .

The 11th Hour , Contengan Jalanan , Hlovate

Berubah lah . Hafizati pun bukannya baik sangat . Ni adalah nasihat UNTUK DIRI SENDIRI dan mungkin anda . 

#MayAllahBlessUsAll
#MogaAllahMenerimaTaubatKita
Credit to Amir Subril


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Terima kasih

Assalamualaikum . Hello . Okay , saya malu . >_<

Malu >_<

Hafizati nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish birthday Hafizati semalam . Yeaa !! Umur Hafizati dah tambah setahun . Waah !! Macam tak sangka . Dan Alhamdulillah . Sebab Hafizati masih boleh bernafas sehingga hari ni . Masih boleh beribadat kepada Pencipta kita, Tuhan kita yang Maha Esa, Tuhan kita yang satu, Allah . >_<

Rasa kalau setiap kali hari yang penting (Muharam, awal Ramadhan) kita mesti ada azam baru atau sesuatu yang kita nak capai sebelum hari itu berulang untuk tahun yang seterusnya . Well , frankly apa yang Hafizati impikan tahun ni banyak yang tak tercapai . #Eh . Awal-awal lagi dah tak tercapai . Ye , dan Hafizati tahu semua itu ada hikmahnya . Allah dah aturkan sesuatu untuk manusia yang bernama Hafizati ni . >_<

Hafizati rasa sangat gembira sekarang ni sebab kita berada dalam bulan ramadhan #TakSangkaSambutBirthdayPadaBulanRamadhan>_< Sangat gembira sebab dalam bulan ni amalan kita akan digandakan . Maknanya bulan ni lah nak buat pahala banyak-banyak . Tapi...

Jangan bulan ni sahaja . Buat juga pada bulan-bulan yang lain . Kita berubah menjadi hambanya yang soleh dan yang paling penting anak yang soleh/solehah . Kita mesti tak nak mak dan apak kita masuk neraka kan . Bagi yang perempuan lah kan . Kita mesti nak apak kita masuk syurga kan . Nak kubur apak kita diluaskan . Dicerahkan . Hafizati nak mak dan apak Hafizati masuk syurga . Mak dan apak dan banyak berkorban untuk Hafizati . 

Puisi Fynn Jamal

Biar 

"Istana mu Syurga nanti ."

Terima kasih lagi sekali semua .

Selamat beribadat dan jangan lupa tingkatkan ibadat anda . >_<

Terima kasih mak sebab lahirkan adik . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, July 23, 2012

At the of the day..

Assalamualaikum . Hello . Hari ni hari pertama Hafizati berbuka puasa di Pusat Islam , UiTM , Merbok . Sangat menarik dan sangat seronok . Hafizati bukan nak cerita pasal makanan . Hafizati nak cerita mengenai ukhwah yang terjalin dan apa yang kita dapat at the end of the day . At the end of the day , kita dapat mengenali senior yang kita tak pernah nampak pun before this and what's more important kita dapat beribadat kepada Allah S.W.T. Itu yang paling penting . At the end of the day , kita dapat beribadat dan mengenali ataupun taaruf dengan orang lain dekat bumi UiTM ni .
#EsokNakPergiLagiLah>_<

Hafizati adalah salah seorang keluarga IMAN . Apa yang sangat seronok dengan keluarga ni ialah cara mereka menegur  kita . Mereka akan salam dan akan cium pipi kita . Teringat Salam Semut masa Hafizati menyertai Kem Jati Diri di Penang pada tahun 2009 . Salam Semut . Memang best . Terima kasih kakak kakak sebab mengajar Hafizati . Hafizati akan cuba untuk mengamalkan apa yang diajarkan ini . Tutup aurat , dan etc . #Eh >_<

Saya suka sangat .

Perkara kedua nak cerita mengenai pensyarah Hafizati yang sangat comel . Hafizati tahu sepatutnya Hafizati buat satu entry yang special untuk Pensyarah tapi Hafizati "busy" sikit . Haha .

Hafizati paling suka kalau bercakap mengenai Eduation . Ingat apa Rancho cakap :

Rancho, 3 Idiots

So , good luck dalam study anda semua . Dan good night . Selamat menjalani Ibadat puasa . Jangan lupa tingkatkan amal ibadat anda . Kerana ia akan digandakan dalam puasa ini . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum . Hello . Nak kenal dengan Roommates Hafizati tak ? Ni dia :

Dari kiri : Eyl, Ain dan Dayah

Ain ni duk katil bawah Hafizati . Ya , katil doubledecker ya . Best !! Terbaik . >_<

Ain ni ada blog . So , kalau nak check it out blog Ain tekan sini . Seorang lagi kawan Hafizati yang ada blog ialah Eyl . Kalau nak check it out blog dia tekan sini . Selamat blogwalking guys . 

Dan Selamat Beramal di bulan Ramadhan al-Mubarak ni >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Friday, July 20, 2012

Sahur (!)

Assalamualaikum . Hello . Apa khabar ? Baru semalam kan Hafizati update blog ni haa . >_< Hafizati ni kan kalau dah update , memang akan update selalu . Tapi kalau dah tak update , memang jarang lah akan di update . Hoho .

Perasan something tak ? Hari ni first puasa . Maksudnya kita sahur tadi kan ? Siapa yang tak sahur tadi ? Sayaaa ! Ye , Hafizati mengaku Hafizati tak sahur . Hafizati bangun lambat . #MukaMaluMalu

MukaMalu

Jadi , esok jangan lupa sahur pula ye . >_<
#NasihatDekatDiriSendiri


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Terawikh

Assalamualaikum . Hello . Malam ni malam pertama terawikh . Yes ! And tak seperti tahun lepas Hafizati akan pergi terawikh malam ni Insya-Allah . Hafizati harap sangat dapat solat terawikh malam ni . >_< Kan kelebihan dia adalah diampunkan dosanya seperti sucinya bayi yang baru lahir . BAGUS tu . Bulan bila lagi kita nak menyucikan dosa-dosa kita yang berlambak ni kan . #TermasuklahHafizati .

Hafizati ada azam untuk Ramadhan kali ni iaitu :
Solat terawikh setiap malam .
Puasa penuh
Menghayati puasa ini sebagaimana orang di Australia (Ala , macam cerita Hlovate tu)
Khatam Al-Quran
Khatam makna Al-Quran
Menjadi hamba Allah yang baik

Itu sahaja dan Hafizati harap azam Hafizati akan menjadi realiti dan bukan sekadar fantasi .

Surah Al-Baqarah .Ayat: 183. Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa


Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).


” Sesiapa berpuasa dengan penuh keiamanan, maka Allah SWT akan mengampun semua dosa yang telah dilakukannya. “
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

YTD

Assalamualaikum . Aik . Kali kedua update dalam hari yang sama . Haa , itu lah masalah Hafizati . Bila dah update , update banyak-banyak . Bila tak update memang tak update langsung .

Apa yang Hafizati nak cerita pasal YTD ni ? Hafizati sebenarnya dah lama nak YTD ni . Apa itu YTD ? YTD adalah singkatan untuk Youtube Downloader . So , siapa yang ada menatang ni senanglah nak download video dari youtube . Apa yang Hafizati dah download setakat ni ?

Hafizati download lagu Biar oleh Fynn Jamal dan I won't give up by Jason Mraz .

Itu sahaja nak kongsi . Sila tekan sini kalau nak dengar lagu Jason Mraz , I won't give up atau tekan sini untu dengar lagu Fynn Jamal , Biar .

SajaSaja
Last but not least thank you YTD . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Mencantikkan blog

Assalamualaikum . Hello . Nampak perbezaan tak dekat Hafizati punya blog ? Nampak tak ? Haha . Hafizati ada tambah sikit-sikit . Hari ni tak buat apa . So , Hafizati tambah lah benda-benda dekat blog ni . Dah berhabuk pun sebenarnya . Uhuk uhuk . Hah , kan dah batuk tu .
Lepas balik kelas yang di'cancel'

Dah lama sangat tak tambah apa-apa so Hafizati tambah lah satu dua benda yang memang nak buat lama tapi sebab "busy" jadi tak dapat nak buat . Enjoy .

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, July 19, 2012

Skype

Assalamualaikum . Hello . Tajuk skype . Hafizati skype dengan kakak Hafizati , Hafizati .

Kakak dekat Perpustakaan UTHM , Saya dekat bilik

Comel kakak saya . Saya rindu Kembar saya , Nor Hafizah

Selamat berpuasa kakak ! <3


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

Assalamualaikum . Hello . Tadi terdengar lagu ni dekat blog Cakarewala , kalau nak tengok blog dia klik sini . An then teringat dekat Kakak saya yang memperkenalkan lagu tu dekat saya . Thank you kakak . Saya suka lagu  tu . >_< Klik sini . Selamat mendengar . >_<
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Ramadhan

Assalamualaikum . Hello . Ini adalah Ramadhan pertama Hafizati akan berpuasa sendiri di negeri orang . #BukanJauhManaPun #NegeriSebelahJePun Hafizati takkan balik sampai lah nak dekat raya . Agak sedih but i have to because i don't want to trouble my mother and of course my father .

Hafizati rasa tak sabar sangat nak menyambut ramadhan tahun ni . Nak sangat practicekan apa yang Hafizati baca dekat Contengan Jalanan . Harap sangat . Amiin .

Kecuali lah kalau tentang backpacking ke Australia . I don't have the money anyway . Haha .

So , kenali hidup kita pada Ramadhan . What is meant by we're living in this planet ? Apa yang kita ada ini semuanya ujian Allah . Semua milik Allah . Dia akan ambil balik .

Bertaubat lah anda sebelum menutup mata . Teringat ustaz cakap .

Dia nak bertaubat pada hari yang ke 30 tapi mati pada hari ke 29 . Macam tu lah . Atau . Hlovate , "The man who decided to change on the 12th hours dies on 11th ." -The 11th Hour , Contengan Jalanan, Hlovate .

Jangan tangguh TAUBAT .

Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat .
Saya tak akan melakukan dosa yang saya dah buat .
Saya bertaubat setelah melakukan dosa .

Moga Allah menerima taubat kita . Amiin . V_V
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Tuesday, July 17, 2012

Saya LAMBAT lah .

Assalamualaikum . Hello peeps . Haha . Mentang-mentang lah masuk debat . #AdaKenaMengenaKe==?
So , hari ni Hafizati nak cakap pasal seorang vlogger . Ala , Hafizati tahu la lambat sikit fasal ni . Ye lah Hafizati mana ada tengok sangat Youtube . Dulu lah . Sekarang ni agak kerap jugak sebab my ada mention nama seorang vlogger ni .

Senang je nak teka nama dia siapa . Siapa lagi kalau IniAnwarHadi . Ye , Hafizati tahu Hafizati lambat . #NakCeritaJugak.

Memang best sangat vlogging dia . Haha . Ya , you should check him out . If you have check it out then cool .

Hafizati pun rasa macam nak buat vlog . But after three days of recording , video Hafizati masih tidak siap lagi . Yeah ! Grrrr . Hafizati akan cuba . Tapi Hafizati kena kuatkan semangat . SUSAH JUGAK nak buat vlog ni . Nak menjerit je rasanya .

Berkenaan hidup Hafizati dekat sini , ya , i am fine . Alhamdulillah . Saya suka . >_< Well not really . Biasa lah manusia . Tak sempurna . Hafizati ni pun tak sempurna jugak . Hafizati ni banyak kelemahan dia . Lagi-lagi masa jauh dengan family ni kan . Memang extra sensitive . Grrrr . Again . ==

Sebagai pre-lawrian memang kena duduk library lah cerita dia tapi kitorang tak duduk library pun . Duduk bilik sahaja .

Kena ubah perangai tu . Nak kongsi puisi dan lagu oleh Fynn Jamal , Biar . Hafizati doakan semoga Arjuna baik-baik sahaja . May Allah protect Arjuna always . >_<


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan kisahmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

untuk apak saya , terima kasih dan mintak maaf :")
Fair Park , Nor Hayati Haji Ibrahim .

Thank you Kak Fynn Jamal >_<

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum . Hello . Okey , rasa macam dah lama tak update . Eh ? Macam kenal ayat tu . Tu bukan ayat semalam waktu Hafizati update blog ke ? Bhahaha . Urm , semalam update fasal Law ann hari ni Hafizati nak update fasal salah satu novel yang Kakak Hafizati beli . Contengan Jalanan oleh Hlovate . Hafizati rasa ramai pembaca yang dah pun baca buku tu sebebarnya . Kan ? Hafizati ni lah yang lambat daripada korang semua . Kakak Hafizati pun dah beli lama tapi baru nak baca .Teruk kan . Bhahah .

So , fasal novel tu memang banyak sangat pengajaran dia . Memang kalau online twitter memang akan tulis quotous yang ada dalam tu je . Hurm , memang menyentuh .

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th ." - The 11th Hour , Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Memang banyak . Korang yang baca memang takkan putus untuk terus membaca . Betul . Try lah beli and then baca . Mesti kita akan rasa untuk cari erti life . Vita . The meaning of life .

"Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia . Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa ." Contengan Jalanan oleh Hlovate .

"Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana ." - Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Apa yang diertikan dengan HIDUP sebenarnya ? Chad dan Fend backpacking ke Australia . Aku *Menggunakan aku kadang-kadang lebih mendalam maksudnya* rasa lega sebenarnya bila Chad pergi dengan keadaan dia tahu apa maksud sebenar kehidupan . Aku ? Sempat ke aku nak tahu apa maksud kehidupan aku sendiri di atas bumi TUHAN yang kaya ni . Ketika aku kecil aku membayangkan aku seorang sahaja di bumi tuhan ni . Tapi aku baca al-Quran .

Petikan dari Contengan Jalanan yang aku ambil untuk dijadikan iktibar aku ,
al-Hujuurat , 13
'Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal . Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal .'

Sungguh aku menangis ketika ini . Kasih sayang takkan terasa kalau kita berseorang . Pernah dengar tak ayat ni ? Into the Wild . Best . Tentang seseorang yang mengembara dan akhirnya kerana tersalah memilih makanan dia mati di dalam sebuah van . Tapi pengajaran dia banyak . Ada yang tanya perlu ke keluar kan cerita yang sebegitu ? Jawapan dia YE . Sebab dengan cerita yang seperti itu kadang-kadang kita boleh buka mata kita yang dah lama tertutup tu .

Malangnya Hafizati tak de novel contengan jalanan sekarang ni . Haha . So , harap sesiapa yang tak de novel tu segera ke kedai buku yang berdekatan untuk membeli buku berkenaan .

12/7/2012
Setapak untuk berubah dan harap perubahan ini diterima oleh-Nya .
:')
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always