Pages



Tuesday, July 17, 2012

Saya LAMBAT lah .

Assalamualaikum . Hello peeps . Haha . Mentang-mentang lah masuk debat . #AdaKenaMengenaKe==?
So , hari ni Hafizati nak cakap pasal seorang vlogger . Ala , Hafizati tahu la lambat sikit fasal ni . Ye lah Hafizati mana ada tengok sangat Youtube . Dulu lah . Sekarang ni agak kerap jugak sebab my ada mention nama seorang vlogger ni .

Senang je nak teka nama dia siapa . Siapa lagi kalau IniAnwarHadi . Ye , Hafizati tahu Hafizati lambat . #NakCeritaJugak.

Memang best sangat vlogging dia . Haha . Ya , you should check him out . If you have check it out then cool .

Hafizati pun rasa macam nak buat vlog . But after three days of recording , video Hafizati masih tidak siap lagi . Yeah ! Grrrr . Hafizati akan cuba . Tapi Hafizati kena kuatkan semangat . SUSAH JUGAK nak buat vlog ni . Nak menjerit je rasanya .

Berkenaan hidup Hafizati dekat sini , ya , i am fine . Alhamdulillah . Saya suka . >_< Well not really . Biasa lah manusia . Tak sempurna . Hafizati ni pun tak sempurna jugak . Hafizati ni banyak kelemahan dia . Lagi-lagi masa jauh dengan family ni kan . Memang extra sensitive . Grrrr . Again . ==

Sebagai pre-lawrian memang kena duduk library lah cerita dia tapi kitorang tak duduk library pun . Duduk bilik sahaja .

Kena ubah perangai tu . Nak kongsi puisi dan lagu oleh Fynn Jamal , Biar . Hafizati doakan semoga Arjuna baik-baik sahaja . May Allah protect Arjuna always . >_<


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan kisahmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

untuk apak saya , terima kasih dan mintak maaf :")
Fair Park , Nor Hayati Haji Ibrahim .

Thank you Kak Fynn Jamal >_<

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

No comments:

Post a Comment