Pages



Tuesday, October 16, 2012

Sekejap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.

Hari ni terasa nak berkongsi satu pengalaman yang tak disangka. Pengalaman yang sangat menarik tetapi sedih.

Bapa saudara Hafizati bertanya kepada Hafizati dan kembar, "Tak ada 'boyfriend' ke?" 

Kami yang sememangnya percaya couple itu bukan sesuatu yang boleh hanya menjawab, "Tiada." Tidak Hafizati sangka dia akan berkata, "Rugilah. Life dekat Universiti kena lah ada boyfriend. Nak belajar pun ada kawan."

Ingin Hafizati menjawab sebenarnya, "Entah lah, adik cuma fikir apak. Couple tu kan boleh mendatangkan zina. Allah berfirman dalam al-Quran, "Jangan kamu dekati zina." Nampak tak? Mendekati, bukan membuat. Maknanya jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina itu, tentulah tidak boleh." Bukan? Saya bukan pakar dalam hal yang sebegini. Makanya saya amat galakkan kalau para pembaca menkaji sendiri tentang hukum sebanar couple. Bukan susah. Pergi Google, type "Hukum bercouple." Dan search. 

Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang bangkang. Tetapi ini bukan saya yang kata, Allah yang kata. Saya suka satu article yang di tulis oleh Aiman Azlan. Tak couple tapi couple. Tekan sini. Sangat membuka mata.

Hafizati dah banyak susahkan mak bapak Hafizati dekat dunia ni, makanya Hafizati tak nak susahkan mereka di akhirat kelak. Siapa yang tak nak tengok mak bapak sendiri masuk syurga, bukan? Tetapi tak ramai yang buat apa yang sepatutnya dibuat untuk mereka. Maka, di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya, Mari pulang kepada Dia. Pulang kepada ajaran Kekasih kita. Pulang kepada ajaran yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul. Dia menghantar kita untuk apa?

Tidak lain dan tidak bukan untuk beribadah kepada Dia. Maka, seperti yang selalu didengarkan dari saudara kita, Hilal Asyraf, Mari Menjadi Hamba !

#IstaqamahDalamBeribadat
#MariMenjadiHamba
#SemogaAllahRedha
#HilalAsyraf
#LangitIlahi:)

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Saturday, September 29, 2012

Penyejuk hati ana :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin Allah SWT dapat kita masuk ke syurga bersama dengan kekasih yang kita cintai ini.

Sahabat yang dicintai kerana Allah,
apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah bagaimana untuk kita mengawal kemarahan kita. Hafizati mengaku Hafizati adalah orang yang cepat marah. Hafizati boleh cepat melenting tapi Alhamdulillah, semenjak Hafizati ditegur oleh kembar Hafizati, mak Hafizati, Hafizati cuba untuk mengawal kemarahan Hafizati. Walaupun sebenarnya Hafizati tak salah dalam sesuatu perkara itu.

Beberapa hari yang lepas, Hafizati tidak tahu kenapa tetapi Hafizati merasa sangat marah. Hafizati pun tak tahu lah kenapa Hafizati tempered sangat malam tu. Ditambah dengan kawan Hafizati yang volume suaranya sama seperti Hafizati yang sukar untuk divolume downkan. Hafizati jeling je semua orang. Waktu tu, Hafizati teringat nasihat kembar Hafizati, "Kalau kita rasa nak marah sangat, ambil wuduk." Ramai dah yang pesan sebenarnya kalau Hafizati imbas balik.

Hafizati pun ambil wuduk. Dua tiga kali, Hafizati ambik tapi macam tak ada kesan langsung. "Salah cara ke masa ambil wuduk tadi?", Terfikir dalam hati.

Tiba-tiba, tergerak dalam hati, rasa nak solat. Rasa nak mengadu dekat Allah. Rasa tu kuat sangat. Lepas tu, Hafizati ambil wuduk lagi. Tetapi kali ini Hafizati solat. Solat sunat taubat dan hajat. Lepas Hafizati solat tu, Hafizati senyum lebar. Memang penyejuk hati ana. Allah itu Maha Mendengar. Alhamdulillah.

Tapi, sahabat yang dicintai kerana Allah,
solat lah ketika anda gembira dan ketika anda sedih. Jangan solat masa anda sedih sahaja.

Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

#IstiqamahDalamBeribadah
#UiTMKedah
#2012
#Ana:)
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Friday, September 28, 2012

Make Me Strong by Sami Yusuf

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat bersama Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin Allah dapat kita bersama-sama masuk ke dalam syurga dengan Kekasih kita ini.

Final semakin hampir. Tinggal beberapa sahaja lagi, da pelajar-pelajar IPTA akan menghadapi Final mereka. Termasuklah Hafizati. Waah ! Sekejapnya sem 1. Rasa macam, baru seminggu tinggal sini. == . Haha. Apa yang Hafizati boleh pesan adalah, ketika ini, saat sedang study ini, tetapkan niat kita sungguh-sungguh, belajar bukanlah untuk test ini tetapi adalah kerana inginkan ilmu dan kerana apa kita inginkan ilmu? Kerana ibadah kepada Allah SWT. Tetapkan niat ye Hafizati.

Selepas baca Sinergi oleh Hilal Asyraf, terasa ingin mencari lagu-lagu Sami Yusuf. Terjumpalah lagu Make me strong. Sangat bagus didengar apa lagi dengan keadaan kita yang sebegini. 

Make Me Strong Lyrics

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

#JanganLupaDownloadLaguDia
#GanbatteTest
#IstaqamahDalamBeribadat
#UiTMKedah
#2012
#MariMenjadiHamba
#LangitIlahi
#HilalAsyraf

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Sahabat yang dicintai kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan keizinan Allah Tuhan pencipta alam dapat kita masuk syurga yang sama dengan Baginda.

                    Apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah mengenai cerita yang berlaku di keliling Hafizati. Hafizati bukan ingin membuka aib sesiapa, tiada niat langsung, tetapi sekadar mahu dijadikan sebagai pengajaran. Hafizati ada je kawan yang freehair, dan secara betulnya Hafizati tak tahu macam mana nak tegur diorang. Mungkin Hafizati patut lebih dekati diorang. Ye, ye, Hafizati tak boleh terburu-buru, tapi sayang, kita tak tahu tarikh kematian kita bila, kita tak tahu bila sakaratulmaut akan menjemput kita. Tolong bagi tahu Hafizati satu alasan yang paling munasabah kenapa kita tangguh daripada menutup aurat ni atau yang lebih tepat bertaubat kepadaNya. Please. Sebab Hafizati tak nampak sebab kenapa kita tak perlu menutup aurat atau perlunya kita menangguh daripada bertaubat.

                   Ye, ye, Hafizati tahu Hafizati kena tegur dengan cara yang betul. Tapi sayang, kan dah ada banyak contoh dekat FB. Ohh, awak tak buka FB ye. Okay. Alasan diterima.

                   Ye sayang, Allah itu Maha Pengampun. Tapi adakah itu tiket kita untuk melewatkan taubat kita. 
"Alah rileks lah. Allah itu kan Maha Pengampun."

Jangan khianati kasih sayang yang Allah berikan kepada kita. #BatuBataKehidupan

                 Hafizati tahu Hafizati bukanlah manusia yang sempurna, masih ada cacat cela, tapi, Hafizati berusaha untuk menjadi yang terbaik. 

                  Hafizati sayang kawan Hafizati kerana Allah. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkan lah Hafizati nak ajak kawan Hafizati masuk api neraka. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkanlah Hafizati nak tengok kawan Hafizati masuk ke dalam api neraka. Mestilah Hafizati nak kawan Hafizati masuk syurga. Ye, Hafizati pun tak terjamin masuk syurga atau tak, tapi Hafizati berusaha kan. Sebab tu dengan awak kawan-kawan yang dicintai kerana Allah, Hafizati nak kita berubah menjadi Hamba yang inginkan keredhaanNya dan sentiasa inginkan keampunanNya. 

                Hafizati sayang kamu semua. Jadi sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, maafkan Hafizati kerana tidak pernah menegur kamu apabila kamu dalam kesusahan. Maafkan Hafizati kerana tidak pernah menolong kamu di saat kamu diuji Allah. Maafkan Hafizati.

#Sinergi
#BatuBataKehidupan
#HilalAsryaf
#MariMenjadiHamba
#LangitIlahi.com
#IstiqamahDalamBeribadah
#Hafizati
#UiTMKedah
#2012
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, September 10, 2012

Camp + Meeting with Amin Idris

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Assalamualaikum . Salam dan selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga serta para sahabat baginda . Semoga kita dapat berjumpa dengan Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin yang Maha Pencipta dapat kita masuk ke syurga bersama-sama dengan Nabi Muhammad .

Salah satu kata-kata semangat Amin Idris>_<
Maaf sebab Hafizati lambat update blog . Ye , baru-baru ni , Hafizati join satu camp yang dianjurkan oleh Faculty of Law, UiTM Merbok . Alhamdulillah . Ramai yang tak tahu siapa yang akan jadi fasi kami . Tapi sebelum Hafizati pergi sana , Hafizati tengok satu post yang telah dikongsi oleh President PreLaw iaitu mengenai CONSULTANT yang akan handle camp kami . Dia ialah AMIN IDRIS . Bila sampai Merdeka Beach Resort dan masuk dewan baru lah ramai yang tahu siapa itu AMIN IDRIS . #MataKeAtasTanganKeBahu== Tu lah lain kali tengok post yang President kongsi .

Amin Idris ialah motivator yang sedang melonjak naik ketika ini . Dia ada menulis beberapa buah buku motivasi . Dia juga ada mengacara sebuah program dalam channel al-Hijrah . Hafizati kalau tengok Assalamualaikum tak tengok Amin Idris tengok Ustaz Don . Dulu , sebelum tengok 30 minit bersama Ustaz Don . Lepas tu tak tengok dah . >_<

Ni lah dia luar Merdeka Beach Resort
Salah satu buku Amin Idris

Bilik yang kitorang tinggal sepanjang 3 hari dua malam >_<

Itu sahaja . Entry yang akan datang Hafizati cerita apa pengajaran yang Hafizati dapat masa camp ni .
#IstiqamahDalamBeribadah
#MariMenjadiHamba #LangitIlahi
#Camp
#PreLaw
#AminIdris
#2012


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Friday, August 31, 2012

Berkobar-kobar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Assalamualaikum ! #UhukUhuk Berhabuk dah blog ni #MacamSebelumNiTakBerhabuk Lama dah Hafizati tak update blog . Rasa nak tukar style lah . Salam dan Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda . Semoga kita berada dalam golongan yang dapat memasuki syurga bersama Rasulullah s.a.w.. Nampak mustahil tapi insya-Allah dengan izin Allah , apa-apa sahaja boleh berlaku . Apa yang mampu kita buat hanyalah terus beribadah kepada-Nya setiap hari , waktu , masa , jam , minit dan saat . Tak kiralah dalam betuk apa pun . Tidur ke , mandi ke , baca buku ke . Semuanya kerana Allah . Hari ni rasa sangat berkobar-kobar nak update blog . Selama Hafizati tak update blog ni , banyak sangat yang terjadi dalam hidup Hafizati . Ni tak sabar nak type ni .

Yang pertama ! Hafizati join usrah . Bukan nak membangga diri tapi Hafizati , Insya-Allah , akan kongsi ilmu yang Hafizati dapat dekat blog ni . Hafizati dapat banyak ilmu sepanjang Hafizati join usrah . Sangat seronok . Hafizati dapat kenal dengan kakak-kakak senior walaupun tak de yang sama course dengan Hafizati . Rasa sangat bangga dengan kakak-kakak yang terus memperjuangkan agama Islam dengan berkongsi ilmu dengan junior-junior yang masih lagi mentah ini . Terima kasih sangat kepada akhawat-akhawat .

Yang kedua ! Hafizati terbaca dalam internet , ia mengatakan tentang , "Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah , Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita." Dan Alhamdulillah , memang itu lah yang terjadi . Bukan nak membanggakan diri tapi semenjak Hafizati rasa nak berubah ni , tanpa ada apa-apa sebab dan hanya kerana Allah , Allah mengurniakan hadiah yang paling Hafizati sayang , rakan-rakan Hafizati . Terima kasih sebab selalu sokong Hafizati sehinggakan cita-cita Hafizati untuk pakai tudung labuh tercapai . Alhamdulillah .

Yang ketiga ! Nak kongsi mengenai MegiProduction . Ye ye , Hafizati lambat . Tapi still , better late than never kan ? Sangat seronok lah dia punya video . Sangat menyeronokkan serta memberi ilmu pengetahuan kepada orang yang seperti Hafizati ni dan membuatkan Hafizati rasa seperti ingin turut berkongsi ilmu yang sedikit ini . Terima kasih akhawat .

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah .

Malu nak mengaku tapi Hafizati baru nak baca hadis 40 . Doakan Hafizati . Insya-Allah Hafizati kongsi nanti . Assalamualaikum

#IstiqamahDalamBeribadah
#SemogaAmalanDiterimaAllah
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, July 25, 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum . Hello . >_< Kali kedua Hafizati update untuk hari ni . >_<

Nak cakap pasal kita manusia . Sebab tadi kawan Hafizati cakap pasal kesalahan yang kita letakkan dekat seseorang ni . Dia cakap lebih kurang macam ni .

"Kita ni manusia . Kita tak layak nak meletakkan kesalahan seseorang itu . Allah yang lebih layak . Kita tak boleh nak letakkan kesalahan seseorang itu secara total kepada dia . " Waktu ni Hafizati teringat sebuah novel , Terasing . Kita tak sepatutnya membeci orang yang membuat dosa tetapi dosa yang dia buat .

Dan kawan Hafizati ni bagi contoh, "Contohnya , orang yang tidak memakai tudung, bukan ditujukan kepada sesiapa, kita tak boleh nak cakap dekat dia . 'Kau ni buat dosa lah . Masuk neraka tau tak . ' 'Kenapa ?' 'Ni, kau tak pakai tudung . Tak nak lah kawan dengan kau.'

What ?? Jangan lah macam tu kak . Patutnya awak ajak lah dia pakai tudung sama . Bagi tahu dia perlahan-lahan . Benci dosa dia bukan orang nya .

The 11th Hour , Contengan Jalanan , Hlovate

Berubah lah . Hafizati pun bukannya baik sangat . Ni adalah nasihat UNTUK DIRI SENDIRI dan mungkin anda . 

#MayAllahBlessUsAll
#MogaAllahMenerimaTaubatKita
Credit to Amir Subril


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Terima kasih

Assalamualaikum . Hello . Okay , saya malu . >_<

Malu >_<

Hafizati nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish birthday Hafizati semalam . Yeaa !! Umur Hafizati dah tambah setahun . Waah !! Macam tak sangka . Dan Alhamdulillah . Sebab Hafizati masih boleh bernafas sehingga hari ni . Masih boleh beribadat kepada Pencipta kita, Tuhan kita yang Maha Esa, Tuhan kita yang satu, Allah . >_<

Rasa kalau setiap kali hari yang penting (Muharam, awal Ramadhan) kita mesti ada azam baru atau sesuatu yang kita nak capai sebelum hari itu berulang untuk tahun yang seterusnya . Well , frankly apa yang Hafizati impikan tahun ni banyak yang tak tercapai . #Eh . Awal-awal lagi dah tak tercapai . Ye , dan Hafizati tahu semua itu ada hikmahnya . Allah dah aturkan sesuatu untuk manusia yang bernama Hafizati ni . >_<

Hafizati rasa sangat gembira sekarang ni sebab kita berada dalam bulan ramadhan #TakSangkaSambutBirthdayPadaBulanRamadhan>_< Sangat gembira sebab dalam bulan ni amalan kita akan digandakan . Maknanya bulan ni lah nak buat pahala banyak-banyak . Tapi...

Jangan bulan ni sahaja . Buat juga pada bulan-bulan yang lain . Kita berubah menjadi hambanya yang soleh dan yang paling penting anak yang soleh/solehah . Kita mesti tak nak mak dan apak kita masuk neraka kan . Bagi yang perempuan lah kan . Kita mesti nak apak kita masuk syurga kan . Nak kubur apak kita diluaskan . Dicerahkan . Hafizati nak mak dan apak Hafizati masuk syurga . Mak dan apak dan banyak berkorban untuk Hafizati . 

Puisi Fynn Jamal

Biar 

"Istana mu Syurga nanti ."

Terima kasih lagi sekali semua .

Selamat beribadat dan jangan lupa tingkatkan ibadat anda . >_<

Terima kasih mak sebab lahirkan adik . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, July 23, 2012

At the of the day..

Assalamualaikum . Hello . Hari ni hari pertama Hafizati berbuka puasa di Pusat Islam , UiTM , Merbok . Sangat menarik dan sangat seronok . Hafizati bukan nak cerita pasal makanan . Hafizati nak cerita mengenai ukhwah yang terjalin dan apa yang kita dapat at the end of the day . At the end of the day , kita dapat mengenali senior yang kita tak pernah nampak pun before this and what's more important kita dapat beribadat kepada Allah S.W.T. Itu yang paling penting . At the end of the day , kita dapat beribadat dan mengenali ataupun taaruf dengan orang lain dekat bumi UiTM ni .
#EsokNakPergiLagiLah>_<

Hafizati adalah salah seorang keluarga IMAN . Apa yang sangat seronok dengan keluarga ni ialah cara mereka menegur  kita . Mereka akan salam dan akan cium pipi kita . Teringat Salam Semut masa Hafizati menyertai Kem Jati Diri di Penang pada tahun 2009 . Salam Semut . Memang best . Terima kasih kakak kakak sebab mengajar Hafizati . Hafizati akan cuba untuk mengamalkan apa yang diajarkan ini . Tutup aurat , dan etc . #Eh >_<

Saya suka sangat .

Perkara kedua nak cerita mengenai pensyarah Hafizati yang sangat comel . Hafizati tahu sepatutnya Hafizati buat satu entry yang special untuk Pensyarah tapi Hafizati "busy" sikit . Haha .

Hafizati paling suka kalau bercakap mengenai Eduation . Ingat apa Rancho cakap :

Rancho, 3 Idiots

So , good luck dalam study anda semua . Dan good night . Selamat menjalani Ibadat puasa . Jangan lupa tingkatkan amal ibadat anda . Kerana ia akan digandakan dalam puasa ini . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum . Hello . Nak kenal dengan Roommates Hafizati tak ? Ni dia :

Dari kiri : Eyl, Ain dan Dayah

Ain ni duk katil bawah Hafizati . Ya , katil doubledecker ya . Best !! Terbaik . >_<

Ain ni ada blog . So , kalau nak check it out blog Ain tekan sini . Seorang lagi kawan Hafizati yang ada blog ialah Eyl . Kalau nak check it out blog dia tekan sini . Selamat blogwalking guys . 

Dan Selamat Beramal di bulan Ramadhan al-Mubarak ni >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Friday, July 20, 2012

Sahur (!)

Assalamualaikum . Hello . Apa khabar ? Baru semalam kan Hafizati update blog ni haa . >_< Hafizati ni kan kalau dah update , memang akan update selalu . Tapi kalau dah tak update , memang jarang lah akan di update . Hoho .

Perasan something tak ? Hari ni first puasa . Maksudnya kita sahur tadi kan ? Siapa yang tak sahur tadi ? Sayaaa ! Ye , Hafizati mengaku Hafizati tak sahur . Hafizati bangun lambat . #MukaMaluMalu

MukaMalu

Jadi , esok jangan lupa sahur pula ye . >_<
#NasihatDekatDiriSendiri


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Terawikh

Assalamualaikum . Hello . Malam ni malam pertama terawikh . Yes ! And tak seperti tahun lepas Hafizati akan pergi terawikh malam ni Insya-Allah . Hafizati harap sangat dapat solat terawikh malam ni . >_< Kan kelebihan dia adalah diampunkan dosanya seperti sucinya bayi yang baru lahir . BAGUS tu . Bulan bila lagi kita nak menyucikan dosa-dosa kita yang berlambak ni kan . #TermasuklahHafizati .

Hafizati ada azam untuk Ramadhan kali ni iaitu :
Solat terawikh setiap malam .
Puasa penuh
Menghayati puasa ini sebagaimana orang di Australia (Ala , macam cerita Hlovate tu)
Khatam Al-Quran
Khatam makna Al-Quran
Menjadi hamba Allah yang baik

Itu sahaja dan Hafizati harap azam Hafizati akan menjadi realiti dan bukan sekadar fantasi .

Surah Al-Baqarah .Ayat: 183. Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa


Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).


” Sesiapa berpuasa dengan penuh keiamanan, maka Allah SWT akan mengampun semua dosa yang telah dilakukannya. “
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

YTD

Assalamualaikum . Aik . Kali kedua update dalam hari yang sama . Haa , itu lah masalah Hafizati . Bila dah update , update banyak-banyak . Bila tak update memang tak update langsung .

Apa yang Hafizati nak cerita pasal YTD ni ? Hafizati sebenarnya dah lama nak YTD ni . Apa itu YTD ? YTD adalah singkatan untuk Youtube Downloader . So , siapa yang ada menatang ni senanglah nak download video dari youtube . Apa yang Hafizati dah download setakat ni ?

Hafizati download lagu Biar oleh Fynn Jamal dan I won't give up by Jason Mraz .

Itu sahaja nak kongsi . Sila tekan sini kalau nak dengar lagu Jason Mraz , I won't give up atau tekan sini untu dengar lagu Fynn Jamal , Biar .

SajaSaja
Last but not least thank you YTD . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Mencantikkan blog

Assalamualaikum . Hello . Nampak perbezaan tak dekat Hafizati punya blog ? Nampak tak ? Haha . Hafizati ada tambah sikit-sikit . Hari ni tak buat apa . So , Hafizati tambah lah benda-benda dekat blog ni . Dah berhabuk pun sebenarnya . Uhuk uhuk . Hah , kan dah batuk tu .
Lepas balik kelas yang di'cancel'

Dah lama sangat tak tambah apa-apa so Hafizati tambah lah satu dua benda yang memang nak buat lama tapi sebab "busy" jadi tak dapat nak buat . Enjoy .

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, July 19, 2012

Skype

Assalamualaikum . Hello . Tajuk skype . Hafizati skype dengan kakak Hafizati , Hafizati .

Kakak dekat Perpustakaan UTHM , Saya dekat bilik

Comel kakak saya . Saya rindu Kembar saya , Nor Hafizah

Selamat berpuasa kakak ! <3


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

Assalamualaikum . Hello . Tadi terdengar lagu ni dekat blog Cakarewala , kalau nak tengok blog dia klik sini . An then teringat dekat Kakak saya yang memperkenalkan lagu tu dekat saya . Thank you kakak . Saya suka lagu  tu . >_< Klik sini . Selamat mendengar . >_<
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Ramadhan

Assalamualaikum . Hello . Ini adalah Ramadhan pertama Hafizati akan berpuasa sendiri di negeri orang . #BukanJauhManaPun #NegeriSebelahJePun Hafizati takkan balik sampai lah nak dekat raya . Agak sedih but i have to because i don't want to trouble my mother and of course my father .

Hafizati rasa tak sabar sangat nak menyambut ramadhan tahun ni . Nak sangat practicekan apa yang Hafizati baca dekat Contengan Jalanan . Harap sangat . Amiin .

Kecuali lah kalau tentang backpacking ke Australia . I don't have the money anyway . Haha .

So , kenali hidup kita pada Ramadhan . What is meant by we're living in this planet ? Apa yang kita ada ini semuanya ujian Allah . Semua milik Allah . Dia akan ambil balik .

Bertaubat lah anda sebelum menutup mata . Teringat ustaz cakap .

Dia nak bertaubat pada hari yang ke 30 tapi mati pada hari ke 29 . Macam tu lah . Atau . Hlovate , "The man who decided to change on the 12th hours dies on 11th ." -The 11th Hour , Contengan Jalanan, Hlovate .

Jangan tangguh TAUBAT .

Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat .
Saya tak akan melakukan dosa yang saya dah buat .
Saya bertaubat setelah melakukan dosa .

Moga Allah menerima taubat kita . Amiin . V_V
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Tuesday, July 17, 2012

Saya LAMBAT lah .

Assalamualaikum . Hello peeps . Haha . Mentang-mentang lah masuk debat . #AdaKenaMengenaKe==?
So , hari ni Hafizati nak cakap pasal seorang vlogger . Ala , Hafizati tahu la lambat sikit fasal ni . Ye lah Hafizati mana ada tengok sangat Youtube . Dulu lah . Sekarang ni agak kerap jugak sebab my ada mention nama seorang vlogger ni .

Senang je nak teka nama dia siapa . Siapa lagi kalau IniAnwarHadi . Ye , Hafizati tahu Hafizati lambat . #NakCeritaJugak.

Memang best sangat vlogging dia . Haha . Ya , you should check him out . If you have check it out then cool .

Hafizati pun rasa macam nak buat vlog . But after three days of recording , video Hafizati masih tidak siap lagi . Yeah ! Grrrr . Hafizati akan cuba . Tapi Hafizati kena kuatkan semangat . SUSAH JUGAK nak buat vlog ni . Nak menjerit je rasanya .

Berkenaan hidup Hafizati dekat sini , ya , i am fine . Alhamdulillah . Saya suka . >_< Well not really . Biasa lah manusia . Tak sempurna . Hafizati ni pun tak sempurna jugak . Hafizati ni banyak kelemahan dia . Lagi-lagi masa jauh dengan family ni kan . Memang extra sensitive . Grrrr . Again . ==

Sebagai pre-lawrian memang kena duduk library lah cerita dia tapi kitorang tak duduk library pun . Duduk bilik sahaja .

Kena ubah perangai tu . Nak kongsi puisi dan lagu oleh Fynn Jamal , Biar . Hafizati doakan semoga Arjuna baik-baik sahaja . May Allah protect Arjuna always . >_<


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan kisahmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

untuk apak saya , terima kasih dan mintak maaf :")
Fair Park , Nor Hayati Haji Ibrahim .

Thank you Kak Fynn Jamal >_<

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum . Hello . Okey , rasa macam dah lama tak update . Eh ? Macam kenal ayat tu . Tu bukan ayat semalam waktu Hafizati update blog ke ? Bhahaha . Urm , semalam update fasal Law ann hari ni Hafizati nak update fasal salah satu novel yang Kakak Hafizati beli . Contengan Jalanan oleh Hlovate . Hafizati rasa ramai pembaca yang dah pun baca buku tu sebebarnya . Kan ? Hafizati ni lah yang lambat daripada korang semua . Kakak Hafizati pun dah beli lama tapi baru nak baca .Teruk kan . Bhahah .

So , fasal novel tu memang banyak sangat pengajaran dia . Memang kalau online twitter memang akan tulis quotous yang ada dalam tu je . Hurm , memang menyentuh .

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th ." - The 11th Hour , Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Memang banyak . Korang yang baca memang takkan putus untuk terus membaca . Betul . Try lah beli and then baca . Mesti kita akan rasa untuk cari erti life . Vita . The meaning of life .

"Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia . Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa ." Contengan Jalanan oleh Hlovate .

"Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana ." - Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Apa yang diertikan dengan HIDUP sebenarnya ? Chad dan Fend backpacking ke Australia . Aku *Menggunakan aku kadang-kadang lebih mendalam maksudnya* rasa lega sebenarnya bila Chad pergi dengan keadaan dia tahu apa maksud sebenar kehidupan . Aku ? Sempat ke aku nak tahu apa maksud kehidupan aku sendiri di atas bumi TUHAN yang kaya ni . Ketika aku kecil aku membayangkan aku seorang sahaja di bumi tuhan ni . Tapi aku baca al-Quran .

Petikan dari Contengan Jalanan yang aku ambil untuk dijadikan iktibar aku ,
al-Hujuurat , 13
'Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal . Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal .'

Sungguh aku menangis ketika ini . Kasih sayang takkan terasa kalau kita berseorang . Pernah dengar tak ayat ni ? Into the Wild . Best . Tentang seseorang yang mengembara dan akhirnya kerana tersalah memilih makanan dia mati di dalam sebuah van . Tapi pengajaran dia banyak . Ada yang tanya perlu ke keluar kan cerita yang sebegitu ? Jawapan dia YE . Sebab dengan cerita yang seperti itu kadang-kadang kita boleh buka mata kita yang dah lama tertutup tu .

Malangnya Hafizati tak de novel contengan jalanan sekarang ni . Haha . So , harap sesiapa yang tak de novel tu segera ke kedai buku yang berdekatan untuk membeli buku berkenaan .

12/7/2012
Setapak untuk berubah dan harap perubahan ini diterima oleh-Nya .
:')
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum . Hello ! Rasa macam lama sangat tak hupdate blog . Haha . Mentang busy ye . Busy ke saya ni . Ye lah abang saya punya kenduri kahwin maa minggu lepas walaupun dah lama menikah . Bhahahaha . Hari ni Hafizati rasa teruja sangat sebab dapat baca seorang hamba Allah punya blog ni . Kalau korang nak check it out klik sini . Ye lah mesti lah mengenai Law . Apa yang bakal Hafizati belajar pada bulan jun . Rasa excited pula . Bhahaha . Tapi nampak lah Hafizati kena sturggle sungguh-sungguh .


Hafizati nak dapatkan dekan (3.5>) So doakan Hafizati . Hafizati akan berusaha . Good luck jugak untuk Budak law yang lain ya . >_<



P/S : Muhammad Safar , doakan Hafizati .
I <3 you , Boo !

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, May 14, 2012

Assalamualaikum

Hello . Haha . Masa tengah baca blog seorang gadis yang sangat best ni terjumpa lah entry dia yang menarik . Kalau nak check it out dia punya blog klik sini .


Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.

Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.

So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥









P/S : Muhammad Safar , best tak ?
I <3 you , Boo !
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Segmen : Saya blogger dari Universiti

Assalamualaikum . Hello . Waah ! First time ni Hafizati join segmen ni . Bhahaha . Kakak lah yang ajak join segmen ni . Hafizati tak pernah lagi join mana-mana segmen coz jarang buka blog lama-lama untuk check blog orang . So , thank you kakak coz ajak adik join segmen ni . Boleh tambah kawan kan . Ngee , >_<

Comel ann banner ? #HafizatiSuka>_<

So , kalau korang nak join segmen ni jugak bagi yang akan menyambungkan pelajaran ke Universiti dan sedang belajar di Universiti sila tekan sini . 

Saya akan menyambungkan pelajaran di Univeristi Teknologi Mara (UiTM) di Kedah dalam jurusan Undang-undang bagi peringkat Asasi atau pun Foundation . 

P/S : Muhammad Safar , Okey tak segmen ni ?
I <3 you , Boo !

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, May 9, 2012

Assalamualaikum . Maaf , walaupun Hafizati dah tahu keputusan ni lama , tapi lambat nak hupdate . Tergamam yang amat sangat . Haha . Alhamdulillah . Hafizati dapat apa yang Hafizati nak . Hafizati akan berusaha . Thank you jugak untuk siapa yang support ya . Haha . Hafizati pergi Asasi . Rancangan nak pergi form 6 terpaksa dibatalkan . Lagi pun mak Hafizati yang insist suruh pergi U . Hafizati confuse tapi Hafizati rasa Hafizati ikut mak Hafizati .


Tahniah, anda berjaya ditawarkan tempat di UiTM. Maklumat tawaran anda adalah seperti berikut : -
Nama :
NOR HAFIZATI BINTI M FADZIRUDDIN
No K/P Baru :
9407250853xx
Program :
PI005 - ASASI UNDANG-UNDANG UITM
Kampus :
UiTM Kampus Sungai Petani



Hafizati teruja nak pergi U lah .

P/S : Muhammad Safar jangan naughty tau jauh dengan Hafizati .
I <3 you , Boo !
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, April 26, 2012

Me and My Bestie

Assalamualaikum. Hello. Hari ni saya nak berita pasal my bestie. Nama dia Nurul Izzati Zulkefli. Haha.
Saya kenal dia melalui kakak saya.

Nurul Izzati

Me and Nurul Izzati

Me and Nurul Izzati .

Urm, banyak sangat pengalaman dilalui bersama. Hope akan jadi kawan dunia akhirat Hafizati .

P/S :Muhammad Safar , ni lah kawan Hafizati .
I <3 you Boo !!


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Tuesday, April 24, 2012

Outing bersama rakan saya buat kali yang terakhir ==,

Assalamualaikum. Hello. Walaupun benda ni agak lama berlaku dan baru sekarang Hafizati nak bagi tahu tapi Hafizati tetap nak bagi tahu. Haha.

Berlaku pada hari terakhir dekat asmara Al-Munawarah. Hafizati pergi keluar Taiping dengan kawan-kawan Hafizati. Antara gambar yang diambil.

Hafizati dekat depan dorm <3

Kakak (Nor Hafizah) dan My Bestie Nur Fatin Nadia (Fanad)

Air yang Hafizati minum

Dari kiri : Akira, Fanad, Syud, Izzati

Me and My Twin

Me and My Twin again . Lalalala.

Secara jujurnya, rindu sangat dekat diorang. Sebab tu malam ni Hafizati buat entry pasal last time kitorang keluar sama-sama. Hafizati rasa seronok sangat walaupun kitorang sesat sekejap dekat Taiping tu. Haha. Walaupun penat tapi sangat seronok. Haha, nasib baik lah jumpa abang yang kerja dekat 7e yang baik hati tunjukkan jalan dekat kitorang. Kalau tidak sesat lah dekat Taiping yang tak berapa nak besar tu kan. 

Hafizati harap korang dapat apa yang korang nak tahun ni and hope korang happy walau dengan siapa pun korang bersama. Jangan lupa Hafizati, kawan korang yang clumsy ni. Urm, May Allah bless you always and hope that you'll always be protected by Him.

Hafizati sayang korang. *Group Hugs*


P/S : Muhammad Safar, ni lah kawan baik Hafizati masa dekat asrama, SMK Taman Tasik dulu. 
I <3 you Boo !


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, April 23, 2012

Abang saya nikah !

Assalamualaikum. Hello. Hafizati tengok document dekat komputer yang jarang Hafizati guna ni. Ingatkan takde lah gambar yang best tiba-tiba ternampak gambar abang Hafizati nikah. Haha. Abang Hafizati dah nikah lama tapi Hafizati je yang tak hupdate dalam blog. Haha. Tapi nak kata lama sangat tu takde lah sampai bertahun kan. Abang Hafizati nikah bulan 3. Masa tu Hafizati dengan Safar pun belum lagi. Haha. Nak jugak masukkan nama dia kan?

Ni adalah antara gambar yang ditangkap pada hari abang Hafizati menikah.  Bukan gambar abang Hafizati tapi gambar Hafizati dengan bestie and my beloved twin. #BelovedLahSangat.
Me and my Sweetest Bestie

Me and my twin

My Bestie


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Sunday, April 22, 2012

Webby ^^,

Assalamualaikum. Hello. Hari ni kan Hafizati tiba-tiba teringat dekat Webby. Nak tahu Webby tu apa. Ni dia :
Webby 
Hafizati pernah ada dia ni. Kenapa Hafizati kata pernah ada, sebab Hafizati dah bagi Teddy Webby ni dekat Muhammad Safar. Hafizati sayang sangat dengan Teddy Webby ni. Tapi Hafizati nak something yang akan membuatkan Safar rasa okey bila dia rindu dekat Hafizati. So, Hafizati buat keputusan untuk bagi Teddy Webby ni dekat Safar. Walaupun rasa sedih sebab Teddy Webby jauh tapi Hafizati tahu yang sekurang-kurangnya Safar akan jaga dia. 

Dan yang seronoknya Hafizati tak bagi tahu pun dekat Safar apa nama teddy ni. Haha. So, sekarang ni lah baru nak bagitahu Safar nama teddy ni ialah Teddy Webby. Dia ni sangat special sebab kemana Hafizati pergi Hafizati akan bawak dia ni. Hurm, macam bantak busuk tapi Hafizati teddy. 

So, harap sangat Safar akan jaga Teddy Webby baik-baik sebagaimana Hafizati jaga Teddy Boo dan Teddy Panda. Kena jugak sebut Teddy Panda. Hahahaha. >.<

Nak tahu tak kenapa Hafizati panggil Teddy Webby ni Webby. Hafizati ingat lagi waktu tu kakak baru ada Skype. Hafizati pun teruja jugak sebab ada webcam. Kakak dengan kawan kakak ni selalu ber-webcam. Bila nak ber-webcam je mesti diorang akan type, "Jom Webby." So, dari situ lah wujudnya nama Teddy Webby. Haha. Agak ironik kan? >.<

P/S : Muhammad Safar, jaga elok-elok tau Teddy Webby. Panggil dia Webby ye. 
I <3 you Boo !

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Teddy Boo and Teddy Panda ^^,

Teddy Boo ! 

Teddy Panda

Teddy Boo and Teddy Panda

Assalamualaikum. Hello, Previous entry Hafizati tak sempat nak tunjuk Teddy Boo and Teddy Panda sebab Hafizati takde card reader tapi tadi tanya kakak Ipar (Kak Linda), nasib baik sebab dia ada card reader. Yeah ! And ini lah dia Teddy2 yang Hafizati cerita tu. Comel tak ? Haha.

P/S : Muhammad Safar, suka tak ?
I <3 you Boo !


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, April 18, 2012

Nak sambung belajar lah Oo.

Assalamualaikum. Hello. Saya rasa tak sabar sangat nak sambung belajar. Terus terang saya rasa macam otak saya sangat berkarat sekarang ni. Haish. Saya tak dapat pun interview untuk Asasi Tesl. Sedih lah sebab kawan saya dah dapat interview untuk Asasi Tesl. Mungkin sebab saya tak buat Tesl sebagai first choise kut. Saya buat Asasi Undang-undang sebagai first choise. Hope sangat dapat untuk sesi pertama ni. Sebab kalau dapat sesi kedua, mesti dapat tawaran form 6 dulu. Then tak tahu nak buat mana satu sebab kalau dapat tawaran form 6, mesti saya ambil punya. Urm, banyak betul anganan Hafizati ni.

Lepas tu kalau dapat form 6 kalau boleh nak Sekolah RPS. Haha. Ada kakak form 6 yang dah kene interview dengan Hafizati cakap, sekolah tu ambik berat semua peringkat peperiksaan. Tak macam sesetengah sekolah. Form 6 diorang tak jaga sangat. Sebab diorang ingat kalau form 6 je dah boleh take care sendiri. Tak jugak sebenarnye. Macam Bainun, sekolah Hafizati dulu, lagi lah. Form5 pun cikgu ambik endah tak endah. Nampak macam tekan tapi sebenarnya tak. Sebab tu SMK Taman Tasik boleh beat diorang.
*Apa lah kutuk bekas sekolah sendiri, ngee

Urm, apa-apa pun, hope dapat tawaran belajar cepat2. Sebab saya tak sabar nak belajar. Tapi nant bila dah belajar mula lah tak nak belajar. Haha. Hope benda tu tak jadi.

P/S: Good luck kepada yang dah dapat tawaran belajar dan mungkin jugak yang sudah pun melanjutkan pelajaran. Hope korang dapat score dalam setiap sem.
Ganbatte !


Ini salah satu lirik lagu yang Hafizati suka daripada kumpulan Muse.


"Unintended"


You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

*Yup, Hafiz pernah nyanyi untuk Akustik dia. 
Dari situ lah saya minat lagu ni dan tak sangka sebenarnya saya ada lagu ni. Waah ! Teruja dibuatnya.


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Tuesday, April 17, 2012

Urm, saya nak beli cerita Nodame Cantabile life action lah =="

Assalamualaikum ! Hello. Saya dah minat cerita jepun lah. Haha.
Tamao Serizawa vs Takiya Genji
ii) Crows Zero
Urm, antara cerita jepun yang saya minat ialah,
Noda Mugumi-kun
i) Nodame Cantabile

Light Yagami vs L. Lawliet
iii) Death Note

iv) R.O.D The TV

v) My Boss My Hero
Banyak jugak ann cerita yang aku suka! Tapi sekarang ni cerita yang paling minat ialah Nodame Cantabile.
Hahahahahaha ^^, 
So, saya harap sangat dapat jumpa dengan DVD Nodame Cantabile ni. Haha, Tengok cerita tu membuatkan saya rasa sangat tidak sabar nak sambung belajar. Nak terus maju dalam hidup. So, pray for me guys. Hope, we'll get what we want, yaa !
Ganbatte y'all !

#Amin !


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Aku dah ada twitter lah ^^,

Assalamualaikum ! Hello. Haha.. Macam tak percaya lah aku dah ade twitter. Aku tengok kakak aku main twitter macam seronok plak. Aku yang pernah kata, "Apa yang best nya mengenai twitter?" buat twitter malam tadi. Haha. Macam tak percaya lah. Haha. And frankly twitter ni best lah. Haha
Follow lah Twitter saya :
        @NorHafizati
Jangan lupa follow nant saya follow balik. Haha.

Ni lah gambar Twitter saya : Nodame Cantabile



Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, February 20, 2012

^^,


Lyrics:
Singing by Sam Tsui
Songs by Kurt Schneider and Sam Tsui

(Fireworks)
Do you ever feel like a plastic bag
Floating through the wind
Wanting to start again

Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards
One blow from caving in
Do you ever feel already buried deep
Six feet under scream
But no one seems to hear a thing

Do you know that there's still a chance for you
Cause there's a spark in you

You just gotta ignite, the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

(Grenade)
Easy come, easy go
That’s the way you live, oh
Take, take, take it all, 
But you never give
I should've known you was trouble from the first kiss 
Had your eyes wide open -
Why were they open?
I gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don’t understand is
I would catch a grenade for ya, 
Throw my hand on a blade for ya
 (Fireworks)
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
Gonna leave them going "Oh, oh, oh!"

(Grenade)
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
I would die for ya baby ; But you won’t do the same
 You won’t do the same....

(Dynamite)
Cause we gon' rock this club
We gon' go all night
We gon' light it up
 
Like it's dynamite!
 And I told you once
Now I told you twice
We gon' light it up

Oh.....

 (Fireworks)
Cause baby you're a firework
Come on let your colors burst
 (Grenade)
I would catch a grenade for ya, 
Throw my hand on a blade for ya, oh,
I would catch a grenade for ya-a-a, 
Woah... oh...

(Fireworks)
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon, yeah
 (Grenade)
 I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
I would die for ya baby

 (Fireworks)
Cause baby you're a firework
Come on let your colors burst


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, February 9, 2012

I love this song (!)

I GO by Pete Teo
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more
And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

Diambil dari :

I LOVE YOU (!)

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always