Pages



Saturday, September 29, 2012

Penyejuk hati ana :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin Allah SWT dapat kita masuk ke syurga bersama dengan kekasih yang kita cintai ini.

Sahabat yang dicintai kerana Allah,
apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah bagaimana untuk kita mengawal kemarahan kita. Hafizati mengaku Hafizati adalah orang yang cepat marah. Hafizati boleh cepat melenting tapi Alhamdulillah, semenjak Hafizati ditegur oleh kembar Hafizati, mak Hafizati, Hafizati cuba untuk mengawal kemarahan Hafizati. Walaupun sebenarnya Hafizati tak salah dalam sesuatu perkara itu.

Beberapa hari yang lepas, Hafizati tidak tahu kenapa tetapi Hafizati merasa sangat marah. Hafizati pun tak tahu lah kenapa Hafizati tempered sangat malam tu. Ditambah dengan kawan Hafizati yang volume suaranya sama seperti Hafizati yang sukar untuk divolume downkan. Hafizati jeling je semua orang. Waktu tu, Hafizati teringat nasihat kembar Hafizati, "Kalau kita rasa nak marah sangat, ambil wuduk." Ramai dah yang pesan sebenarnya kalau Hafizati imbas balik.

Hafizati pun ambil wuduk. Dua tiga kali, Hafizati ambik tapi macam tak ada kesan langsung. "Salah cara ke masa ambil wuduk tadi?", Terfikir dalam hati.

Tiba-tiba, tergerak dalam hati, rasa nak solat. Rasa nak mengadu dekat Allah. Rasa tu kuat sangat. Lepas tu, Hafizati ambil wuduk lagi. Tetapi kali ini Hafizati solat. Solat sunat taubat dan hajat. Lepas Hafizati solat tu, Hafizati senyum lebar. Memang penyejuk hati ana. Allah itu Maha Mendengar. Alhamdulillah.

Tapi, sahabat yang dicintai kerana Allah,
solat lah ketika anda gembira dan ketika anda sedih. Jangan solat masa anda sedih sahaja.

Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

#IstiqamahDalamBeribadah
#UiTMKedah
#2012
#Ana:)
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Friday, September 28, 2012

Make Me Strong by Sami Yusuf

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat bersama Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin Allah dapat kita bersama-sama masuk ke dalam syurga dengan Kekasih kita ini.

Final semakin hampir. Tinggal beberapa sahaja lagi, da pelajar-pelajar IPTA akan menghadapi Final mereka. Termasuklah Hafizati. Waah ! Sekejapnya sem 1. Rasa macam, baru seminggu tinggal sini. == . Haha. Apa yang Hafizati boleh pesan adalah, ketika ini, saat sedang study ini, tetapkan niat kita sungguh-sungguh, belajar bukanlah untuk test ini tetapi adalah kerana inginkan ilmu dan kerana apa kita inginkan ilmu? Kerana ibadah kepada Allah SWT. Tetapkan niat ye Hafizati.

Selepas baca Sinergi oleh Hilal Asyraf, terasa ingin mencari lagu-lagu Sami Yusuf. Terjumpalah lagu Make me strong. Sangat bagus didengar apa lagi dengan keadaan kita yang sebegini. 

Make Me Strong Lyrics

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

#JanganLupaDownloadLaguDia
#GanbatteTest
#IstaqamahDalamBeribadat
#UiTMKedah
#2012
#MariMenjadiHamba
#LangitIlahi
#HilalAsyraf

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Sahabat yang dicintai kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita dapat berjumpa dengan Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan keizinan Allah Tuhan pencipta alam dapat kita masuk syurga yang sama dengan Baginda.

                    Apa yang Hafizati nak kongsi hari ini ialah mengenai cerita yang berlaku di keliling Hafizati. Hafizati bukan ingin membuka aib sesiapa, tiada niat langsung, tetapi sekadar mahu dijadikan sebagai pengajaran. Hafizati ada je kawan yang freehair, dan secara betulnya Hafizati tak tahu macam mana nak tegur diorang. Mungkin Hafizati patut lebih dekati diorang. Ye, ye, Hafizati tak boleh terburu-buru, tapi sayang, kita tak tahu tarikh kematian kita bila, kita tak tahu bila sakaratulmaut akan menjemput kita. Tolong bagi tahu Hafizati satu alasan yang paling munasabah kenapa kita tangguh daripada menutup aurat ni atau yang lebih tepat bertaubat kepadaNya. Please. Sebab Hafizati tak nampak sebab kenapa kita tak perlu menutup aurat atau perlunya kita menangguh daripada bertaubat.

                   Ye, ye, Hafizati tahu Hafizati kena tegur dengan cara yang betul. Tapi sayang, kan dah ada banyak contoh dekat FB. Ohh, awak tak buka FB ye. Okay. Alasan diterima.

                   Ye sayang, Allah itu Maha Pengampun. Tapi adakah itu tiket kita untuk melewatkan taubat kita. 
"Alah rileks lah. Allah itu kan Maha Pengampun."

Jangan khianati kasih sayang yang Allah berikan kepada kita. #BatuBataKehidupan

                 Hafizati tahu Hafizati bukanlah manusia yang sempurna, masih ada cacat cela, tapi, Hafizati berusaha untuk menjadi yang terbaik. 

                  Hafizati sayang kawan Hafizati kerana Allah. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkan lah Hafizati nak ajak kawan Hafizati masuk api neraka. Hafizati sayang kawan Hafizati jadi takkanlah Hafizati nak tengok kawan Hafizati masuk ke dalam api neraka. Mestilah Hafizati nak kawan Hafizati masuk syurga. Ye, Hafizati pun tak terjamin masuk syurga atau tak, tapi Hafizati berusaha kan. Sebab tu dengan awak kawan-kawan yang dicintai kerana Allah, Hafizati nak kita berubah menjadi Hamba yang inginkan keredhaanNya dan sentiasa inginkan keampunanNya. 

                Hafizati sayang kamu semua. Jadi sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, maafkan Hafizati kerana tidak pernah menegur kamu apabila kamu dalam kesusahan. Maafkan Hafizati kerana tidak pernah menolong kamu di saat kamu diuji Allah. Maafkan Hafizati.

#Sinergi
#BatuBataKehidupan
#HilalAsryaf
#MariMenjadiHamba
#LangitIlahi.com
#IstiqamahDalamBeribadah
#Hafizati
#UiTMKedah
#2012
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Monday, September 10, 2012

Camp + Meeting with Amin Idris

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Assalamualaikum . Salam dan selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga serta para sahabat baginda . Semoga kita dapat berjumpa dengan Kekasih kita ini di akhirat kelak dan dengan izin yang Maha Pencipta dapat kita masuk ke syurga bersama-sama dengan Nabi Muhammad .

Salah satu kata-kata semangat Amin Idris>_<
Maaf sebab Hafizati lambat update blog . Ye , baru-baru ni , Hafizati join satu camp yang dianjurkan oleh Faculty of Law, UiTM Merbok . Alhamdulillah . Ramai yang tak tahu siapa yang akan jadi fasi kami . Tapi sebelum Hafizati pergi sana , Hafizati tengok satu post yang telah dikongsi oleh President PreLaw iaitu mengenai CONSULTANT yang akan handle camp kami . Dia ialah AMIN IDRIS . Bila sampai Merdeka Beach Resort dan masuk dewan baru lah ramai yang tahu siapa itu AMIN IDRIS . #MataKeAtasTanganKeBahu== Tu lah lain kali tengok post yang President kongsi .

Amin Idris ialah motivator yang sedang melonjak naik ketika ini . Dia ada menulis beberapa buah buku motivasi . Dia juga ada mengacara sebuah program dalam channel al-Hijrah . Hafizati kalau tengok Assalamualaikum tak tengok Amin Idris tengok Ustaz Don . Dulu , sebelum tengok 30 minit bersama Ustaz Don . Lepas tu tak tengok dah . >_<

Ni lah dia luar Merdeka Beach Resort
Salah satu buku Amin Idris

Bilik yang kitorang tinggal sepanjang 3 hari dua malam >_<

Itu sahaja . Entry yang akan datang Hafizati cerita apa pengajaran yang Hafizati dapat masa camp ni .
#IstiqamahDalamBeribadah
#MariMenjadiHamba #LangitIlahi
#Camp
#PreLaw
#AminIdris
#2012


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always