Pages



Friday, August 31, 2012

Berkobar-kobar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Assalamualaikum ! #UhukUhuk Berhabuk dah blog ni #MacamSebelumNiTakBerhabuk Lama dah Hafizati tak update blog . Rasa nak tukar style lah . Salam dan Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda . Semoga kita berada dalam golongan yang dapat memasuki syurga bersama Rasulullah s.a.w.. Nampak mustahil tapi insya-Allah dengan izin Allah , apa-apa sahaja boleh berlaku . Apa yang mampu kita buat hanyalah terus beribadah kepada-Nya setiap hari , waktu , masa , jam , minit dan saat . Tak kiralah dalam betuk apa pun . Tidur ke , mandi ke , baca buku ke . Semuanya kerana Allah . Hari ni rasa sangat berkobar-kobar nak update blog . Selama Hafizati tak update blog ni , banyak sangat yang terjadi dalam hidup Hafizati . Ni tak sabar nak type ni .

Yang pertama ! Hafizati join usrah . Bukan nak membangga diri tapi Hafizati , Insya-Allah , akan kongsi ilmu yang Hafizati dapat dekat blog ni . Hafizati dapat banyak ilmu sepanjang Hafizati join usrah . Sangat seronok . Hafizati dapat kenal dengan kakak-kakak senior walaupun tak de yang sama course dengan Hafizati . Rasa sangat bangga dengan kakak-kakak yang terus memperjuangkan agama Islam dengan berkongsi ilmu dengan junior-junior yang masih lagi mentah ini . Terima kasih sangat kepada akhawat-akhawat .

Yang kedua ! Hafizati terbaca dalam internet , ia mengatakan tentang , "Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah , Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita." Dan Alhamdulillah , memang itu lah yang terjadi . Bukan nak membanggakan diri tapi semenjak Hafizati rasa nak berubah ni , tanpa ada apa-apa sebab dan hanya kerana Allah , Allah mengurniakan hadiah yang paling Hafizati sayang , rakan-rakan Hafizati . Terima kasih sebab selalu sokong Hafizati sehinggakan cita-cita Hafizati untuk pakai tudung labuh tercapai . Alhamdulillah .

Yang ketiga ! Nak kongsi mengenai MegiProduction . Ye ye , Hafizati lambat . Tapi still , better late than never kan ? Sangat seronok lah dia punya video . Sangat menyeronokkan serta memberi ilmu pengetahuan kepada orang yang seperti Hafizati ni dan membuatkan Hafizati rasa seperti ingin turut berkongsi ilmu yang sedikit ini . Terima kasih akhawat .

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah .

Malu nak mengaku tapi Hafizati baru nak baca hadis 40 . Doakan Hafizati . Insya-Allah Hafizati kongsi nanti . Assalamualaikum

#IstiqamahDalamBeribadah
#SemogaAmalanDiterimaAllah
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always