Pages



Tuesday, October 16, 2012

Sekejap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Assalamualaikum. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.

Hari ni terasa nak berkongsi satu pengalaman yang tak disangka. Pengalaman yang sangat menarik tetapi sedih.

Bapa saudara Hafizati bertanya kepada Hafizati dan kembar, "Tak ada 'boyfriend' ke?" 

Kami yang sememangnya percaya couple itu bukan sesuatu yang boleh hanya menjawab, "Tiada." Tidak Hafizati sangka dia akan berkata, "Rugilah. Life dekat Universiti kena lah ada boyfriend. Nak belajar pun ada kawan."

Ingin Hafizati menjawab sebenarnya, "Entah lah, adik cuma fikir apak. Couple tu kan boleh mendatangkan zina. Allah berfirman dalam al-Quran, "Jangan kamu dekati zina." Nampak tak? Mendekati, bukan membuat. Maknanya jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina itu, tentulah tidak boleh." Bukan? Saya bukan pakar dalam hal yang sebegini. Makanya saya amat galakkan kalau para pembaca menkaji sendiri tentang hukum sebanar couple. Bukan susah. Pergi Google, type "Hukum bercouple." Dan search. 

Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang bangkang. Tetapi ini bukan saya yang kata, Allah yang kata. Saya suka satu article yang di tulis oleh Aiman Azlan. Tak couple tapi couple. Tekan sini. Sangat membuka mata.

Hafizati dah banyak susahkan mak bapak Hafizati dekat dunia ni, makanya Hafizati tak nak susahkan mereka di akhirat kelak. Siapa yang tak nak tengok mak bapak sendiri masuk syurga, bukan? Tetapi tak ramai yang buat apa yang sepatutnya dibuat untuk mereka. Maka, di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya, Mari pulang kepada Dia. Pulang kepada ajaran Kekasih kita. Pulang kepada ajaran yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul. Dia menghantar kita untuk apa?

Tidak lain dan tidak bukan untuk beribadah kepada Dia. Maka, seperti yang selalu didengarkan dari saudara kita, Hilal Asyraf, Mari Menjadi Hamba !

#IstaqamahDalamBeribadat
#MariMenjadiHamba
#SemogaAllahRedha
#HilalAsyraf
#LangitIlahi:)

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

1 comment:

  1. Hi.. aslkum..u have so nice blog .. bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete