Di saat umat manusia sibuk dengan nota di tangan,
buku di kaki, eh, yelah tengah final exam lah katakan, saya masih boleh
meletakkan jari yang kiut miut di papan kekunci hanya kerana idea yang mencurah
ke ladang gandum.
#MuncungMulut
Saya kalau boleh tak nak peristiwa cilok
mencilok terjadi, jadi saya cuba untuk sedaya upaya, lari dengan laju macam
Flash atau macam.. macam.. macam.. Bolt, pelari terpantas di dunia, untuk tidak
menjadikan idea orang sebagai idea saya, lalu menyebabkan cilok mencilok
terjadi.
Lalu apakah idea yang mencurah ke ladang
gandum yang dihebohkan sebentar tadi?
#BunyiAmbulans
#CuciCuciBlog
#Batuk
Lama sungguh ditinggalkan blog yang usang lagi
bersarang #Menjerit “Kenapa?” “Labah-labah.”
#EHSiapaYangTanyaTu #OhOh
Dulu, sewaktu mula-mula menulis, tidak
pernah bertanya pada diri sendiri, kenapa saya nak menulis, lalu pada kali ini,
di saat blog ditinggalkan sendiri berbulan-bulan, saya tertanya pada diri
sendiri, kenapa aku mula menulis dulu?
#MuncungMulut
Oleh kerana inginkan idea yang
mencurah-curah, saya buka blog Inceh Gabbana lalu menye-skan permukaan blog
tersebut daripada entry pertama sehingga.. sehingga.. ke entry yang ke.. ke..
tak ada masa pula saya nak kira, enihaw, saya skan blog tersebut. Ada ketika
saya menangis, ada ketika saya ketawa, ada ketika saya terbatuk-batuk.
#UhukUhukUhuk. Lalu persoalan tadi masih lagi menguasai, kenapa saya menulis
dulu?
-_-
Okay, need to think a new aim for my blog
then. ZzZzZzZ
No comments:
Post a Comment