Pages



Friday, July 20, 2012

YTD

Assalamualaikum . Aik . Kali kedua update dalam hari yang sama . Haa , itu lah masalah Hafizati . Bila dah update , update banyak-banyak . Bila tak update memang tak update langsung .

Apa yang Hafizati nak cerita pasal YTD ni ? Hafizati sebenarnya dah lama nak YTD ni . Apa itu YTD ? YTD adalah singkatan untuk Youtube Downloader . So , siapa yang ada menatang ni senanglah nak download video dari youtube . Apa yang Hafizati dah download setakat ni ?

Hafizati download lagu Biar oleh Fynn Jamal dan I won't give up by Jason Mraz .

Itu sahaja nak kongsi . Sila tekan sini kalau nak dengar lagu Jason Mraz , I won't give up atau tekan sini untu dengar lagu Fynn Jamal , Biar .

SajaSaja
Last but not least thank you YTD . >_<


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Mencantikkan blog

Assalamualaikum . Hello . Nampak perbezaan tak dekat Hafizati punya blog ? Nampak tak ? Haha . Hafizati ada tambah sikit-sikit . Hari ni tak buat apa . So , Hafizati tambah lah benda-benda dekat blog ni . Dah berhabuk pun sebenarnya . Uhuk uhuk . Hah , kan dah batuk tu .
Lepas balik kelas yang di'cancel'

Dah lama sangat tak tambah apa-apa so Hafizati tambah lah satu dua benda yang memang nak buat lama tapi sebab "busy" jadi tak dapat nak buat . Enjoy .

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Thursday, July 19, 2012

Skype

Assalamualaikum . Hello . Tajuk skype . Hafizati skype dengan kakak Hafizati , Hafizati .

Kakak dekat Perpustakaan UTHM , Saya dekat bilik

Comel kakak saya . Saya rindu Kembar saya , Nor Hafizah

Selamat berpuasa kakak ! <3


Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen

Assalamualaikum . Hello . Tadi terdengar lagu ni dekat blog Cakarewala , kalau nak tengok blog dia klik sini . An then teringat dekat Kakak saya yang memperkenalkan lagu tu dekat saya . Thank you kakak . Saya suka lagu  tu . >_< Klik sini . Selamat mendengar . >_<
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Ramadhan

Assalamualaikum . Hello . Ini adalah Ramadhan pertama Hafizati akan berpuasa sendiri di negeri orang . #BukanJauhManaPun #NegeriSebelahJePun Hafizati takkan balik sampai lah nak dekat raya . Agak sedih but i have to because i don't want to trouble my mother and of course my father .

Hafizati rasa tak sabar sangat nak menyambut ramadhan tahun ni . Nak sangat practicekan apa yang Hafizati baca dekat Contengan Jalanan . Harap sangat . Amiin .

Kecuali lah kalau tentang backpacking ke Australia . I don't have the money anyway . Haha .

So , kenali hidup kita pada Ramadhan . What is meant by we're living in this planet ? Apa yang kita ada ini semuanya ujian Allah . Semua milik Allah . Dia akan ambil balik .

Bertaubat lah anda sebelum menutup mata . Teringat ustaz cakap .

Dia nak bertaubat pada hari yang ke 30 tapi mati pada hari ke 29 . Macam tu lah . Atau . Hlovate , "The man who decided to change on the 12th hours dies on 11th ." -The 11th Hour , Contengan Jalanan, Hlovate .

Jangan tangguh TAUBAT .

Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat .
Saya tak akan melakukan dosa yang saya dah buat .
Saya bertaubat setelah melakukan dosa .

Moga Allah menerima taubat kita . Amiin . V_V
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Tuesday, July 17, 2012

Saya LAMBAT lah .

Assalamualaikum . Hello peeps . Haha . Mentang-mentang lah masuk debat . #AdaKenaMengenaKe==?
So , hari ni Hafizati nak cakap pasal seorang vlogger . Ala , Hafizati tahu la lambat sikit fasal ni . Ye lah Hafizati mana ada tengok sangat Youtube . Dulu lah . Sekarang ni agak kerap jugak sebab my ada mention nama seorang vlogger ni .

Senang je nak teka nama dia siapa . Siapa lagi kalau IniAnwarHadi . Ye , Hafizati tahu Hafizati lambat . #NakCeritaJugak.

Memang best sangat vlogging dia . Haha . Ya , you should check him out . If you have check it out then cool .

Hafizati pun rasa macam nak buat vlog . But after three days of recording , video Hafizati masih tidak siap lagi . Yeah ! Grrrr . Hafizati akan cuba . Tapi Hafizati kena kuatkan semangat . SUSAH JUGAK nak buat vlog ni . Nak menjerit je rasanya .

Berkenaan hidup Hafizati dekat sini , ya , i am fine . Alhamdulillah . Saya suka . >_< Well not really . Biasa lah manusia . Tak sempurna . Hafizati ni pun tak sempurna jugak . Hafizati ni banyak kelemahan dia . Lagi-lagi masa jauh dengan family ni kan . Memang extra sensitive . Grrrr . Again . ==

Sebagai pre-lawrian memang kena duduk library lah cerita dia tapi kitorang tak duduk library pun . Duduk bilik sahaja .

Kena ubah perangai tu . Nak kongsi puisi dan lagu oleh Fynn Jamal , Biar . Hafizati doakan semoga Arjuna baik-baik sahaja . May Allah protect Arjuna always . >_<


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan kisahmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

untuk apak saya , terima kasih dan mintak maaf :")
Fair Park , Nor Hayati Haji Ibrahim .

Thank you Kak Fynn Jamal >_<

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum . Hello . Okey , rasa macam dah lama tak update . Eh ? Macam kenal ayat tu . Tu bukan ayat semalam waktu Hafizati update blog ke ? Bhahaha . Urm , semalam update fasal Law ann hari ni Hafizati nak update fasal salah satu novel yang Kakak Hafizati beli . Contengan Jalanan oleh Hlovate . Hafizati rasa ramai pembaca yang dah pun baca buku tu sebebarnya . Kan ? Hafizati ni lah yang lambat daripada korang semua . Kakak Hafizati pun dah beli lama tapi baru nak baca .Teruk kan . Bhahah .

So , fasal novel tu memang banyak sangat pengajaran dia . Memang kalau online twitter memang akan tulis quotous yang ada dalam tu je . Hurm , memang menyentuh .

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th ." - The 11th Hour , Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Memang banyak . Korang yang baca memang takkan putus untuk terus membaca . Betul . Try lah beli and then baca . Mesti kita akan rasa untuk cari erti life . Vita . The meaning of life .

"Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia . Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa ." Contengan Jalanan oleh Hlovate .

"Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana ." - Contengan Jalanan oleh Hlovate .

Apa yang diertikan dengan HIDUP sebenarnya ? Chad dan Fend backpacking ke Australia . Aku *Menggunakan aku kadang-kadang lebih mendalam maksudnya* rasa lega sebenarnya bila Chad pergi dengan keadaan dia tahu apa maksud sebenar kehidupan . Aku ? Sempat ke aku nak tahu apa maksud kehidupan aku sendiri di atas bumi TUHAN yang kaya ni . Ketika aku kecil aku membayangkan aku seorang sahaja di bumi tuhan ni . Tapi aku baca al-Quran .

Petikan dari Contengan Jalanan yang aku ambil untuk dijadikan iktibar aku ,
al-Hujuurat , 13
'Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal . Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal .'

Sungguh aku menangis ketika ini . Kasih sayang takkan terasa kalau kita berseorang . Pernah dengar tak ayat ni ? Into the Wild . Best . Tentang seseorang yang mengembara dan akhirnya kerana tersalah memilih makanan dia mati di dalam sebuah van . Tapi pengajaran dia banyak . Ada yang tanya perlu ke keluar kan cerita yang sebegitu ? Jawapan dia YE . Sebab dengan cerita yang seperti itu kadang-kadang kita boleh buka mata kita yang dah lama tertutup tu .

Malangnya Hafizati tak de novel contengan jalanan sekarang ni . Haha . So , harap sesiapa yang tak de novel tu segera ke kedai buku yang berdekatan untuk membeli buku berkenaan .

12/7/2012
Setapak untuk berubah dan harap perubahan ini diterima oleh-Nya .
:')
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless Us always